|   
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
  jata  Malaysia's Free Trade Agreements

Kenyataan Media : Pengedaran Teks Akhir Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan Kajian Kos Faedah kepada Parlimen

 

  1. Saya ingin memaklumkan bahawa teks akhir Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) berserta dua kajian kos faedah yang dilaksanakan oleh dua badan bebas yang berwibawa telah diedarkan    kepada ahli-ahli Parlimen hari ini.

  2. Dua kajian kos faedah ini ialah:

    1. National Interest Analysis of Malaysia’s Participation in the TPP – dilaksanakan oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia

    2. Study on Potential Economic Impact of TPPA on the Malaysian Economy and Selected Key Economic Sectors – dilaksanakan oleh

  3. PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia.

  4. Kajian yang dilaksanakan oleh ISIS Malaysia menyentuh tentang kos dan faedah penyertaan Malaysia dalam TPPA yang melibatkan kepentingan negara termasuklah agenda Bumiputera, piawaian buruh, mekanisme Investor-State Dispute Settlement (ISDS), syarikat milik kerajaan dan hak harta intelek.

  5. Manakala kajian yang dilaksanakan oleh PwC Malaysia pula merangkumi kesan penyertaan Malaysia dalam TPPA terhadap ekonomi negara dan 10 sektor ekonomi utama iaitu automotif, pembinaan, elektrik dan elektronik, minyak dan gas, minyak sawit, farmaseutikal, produk plastik, peruncitan, tekstil serta produk kayu.

  6. Pengedaran teks akhir TPPA dan kajian kos faedah ini diharap dapat membantu ahli-ahli Parlimen untuk sesi perbahasan TPPA di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang dijangka berlangsung pada akhir bulan Januari 2016.

  7. Keputusan samada Malaysia menyertai TPPA atau tidak akan dibuat hanya setelah ianya dibahaskan dan diundi oleh Parlimen.

  8. Hasil kajian kos faedah ini telah dimuatnaik ke laman web Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI). Dokumen tersebut boleh dibaca di sini http://fta.miti.gov.my/index.php/pages/view/tppa.

  9. Saya berharap agar kedua-dua hasil kajian ini dapat membantu rakyat dalam membuat penilaian yang lebih objektif terhadap perjanjian perdagangan ini.

  10. Dalam bulan Disember 2015 dan Januari 2016, Kerajaan akan menggiatkan lagi usaha-usaha penerangan berkaitan TPPA bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perjanjian perdagangan tersebut.
     

YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia
3 Disember 2015


Last Updated 2015-12-04 07:35:07 by Azuna Hasbullah atau Abd Rahman

  •  
  • Print
  • Email this page

DISCLAIMER: The Government and MITI accept no liability for any claim, loss, damage or expense arising from the use of information on this site. Please liaise with the relevant authority / importing customs authority for better accuracy.