|   
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
  jata  Malaysia's Free Trade Agreements

Kenyataan Media : Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Teks Akhir Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik

  1. Kesemua 12 negara yang terlibat dalam rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sudah memuktamadkan rundingan dan mengesahkan teks perjanjian dan jadual yang berkaitan.

  2. Dengan muktamadnya perjanjian ini, kesemua 12 negara telah bersetuju untuk menghebahkan teks akhir perjanjian ini untuk tatapan umum.

  3. Teks perjanjian ini boleh dibaca dan dimuat turun di laman web MITI http://fta.miti.gov.my/index.php/pages/view/tppa bermula dari hari ini, 5 November 2015 kira-kira pada pukul 6.00 petang.

  4. Teks ini juga boleh didapati di laman web Kementerian Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan New Zealand, yang merupakan ‘depository’ teks TPPA. Ia boleh dibaca di http://www.mfat.govt.nz/Treaties-and-International-Law/01-Treaties-for-which-NZ-is-Depositary/0-Trans-Pacific-Partnership-Text.php

  5. Susulan dari hebahan teks akhir ini, dua analisa kos dan faedah yang dikendalikan oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) dan PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia akan dimuktamadkan dalam masa kira-kira dua minggu.

  6. Kerajaan berharap agar teks akhir yang didedahkan kepada umum ini berserta dengan dua analisa kos dan faedah akan memberikan penjelasan yang lebih meluas kepada rakyat berkenaan perjanjian perdagangan ini.

  7. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa TPPA akan dibentangkan di Parlimen untuk perbahasan dan bagi mendapatkan keputusan. Sesi ini dijangka diadakan pada bulan Januari atau Februari 2016.

  8. MITI berserta dengan beberapa agensi kerajaan yang lain akan terus mengadakan sesi penerangan atau engagement dengan pihak-pihak berkepentingan. Kami telah menerima banyak permohonan untuk sesi penerangan dan akan cuba sedaya-upaya untuk memenuhinya.

 

YB DATO’ SRI MUSTAPA MOHAMED
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

5 November 2015


Last Updated 2015-11-05 16:52:30 by Fauziah Osman

  •  
  • Print
  • Email this page

DISCLAIMER: The Government and MITI accept no liability for any claim, loss, damage or expense arising from the use of information on this site. Please liaise with the relevant authority / importing customs authority for better accuracy.