|   
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
  jata  Malaysia's Free Trade Agreements

Kenyataan Media : Hari Terbuka Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA)

Penglibatan Malaysia dalam Rundingan Perjanjian Perkongsian TransPasifik (TPPA) telah menerima pelbagai reaksi dari orang ramai termasuk parti politik, NGO, wakil-wakil industri dan dewan-dewan perniagaan.

Walaupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah banyak mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak berkepentingan, MITI akur bahawa masih banyak perkara berkaitan TPPA yang perlu dihebahkan kepada umum.

Berikutan pelbagai cadangan dan pandangan yang diterima, MITI dan semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam perundingan TPPA bercadang mengadakan Hari Terbuka TPP. Perunding-perunding yang mewakili Malaysia akan hadir untuk memberi penerangan yang lebih jelas mengenai isu-isu berkaitan perkara ini dan juga mendapat maklum balas dari orang ramai mengenai isu-isu yang sedang dirundingkan. Perunding-perunding ini juga akan berkongsi perkembangan rundingan pusingan ke 18 TPPA yang sedang diadakan di Kota Kinabalu.

Hari Terbuka TPPA ini akan diadakan pada Khamis 1 Ogos 2013 dari pukul 9 pagi hingga pukul 1 tengah hari. Maklumat terperinci akan dimaklumkan dalam Lawan Web MITI iaitu www.miti.gov.my dalam sedikit masa lagi.

 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
17 Julai 2013



Last Updated 2015-07-21 16:51:12 by vox vox

  •  
  • Print
  • Email this page

DISCLAIMER: The Government and MITI accept no liability for any claim, loss, damage or expense arising from the use of information on this site. Please liaise with the relevant authority / importing customs authority for better accuracy.