|   
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
  jata  Malaysia's Free Trade Agreements

Kenyataan Media : Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi Asean Ke-45 dan Mesyuarat-Mesyuarat Dengan Rakan-Rakan Dialog Asean

Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN Ke-45 akan berlangsung di Brunei Darussalam dari 18 hingga 21 Ogos 2013. YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengetuai rombongan Malaysia ke mesyuarat tersebut. Menteri-menteri Ekonomi ASEAN juga akan bermesyuarat dengan rakan-rakan sejawat mereka dari Republik Rakyat China, Jepun, Republik Korea, India, Australia, New Zealand, Rusia, Amerika Syarikat dan Kanada.

Menteri-menteri Ekonomi ASEAN dijangka akan membincangkan pelbagai isu yang dihadapi di dalam usaha mengembangkan dan memantapkan integrasi ekonomi di rantau ini dan penglibatan dengan Rakan-rakan Dialog. Agenda utama di dalam mesyuarat ini adalah mengenai:

  • penilaian keseluruhan pencapaian ekonomi ASEAN;
  • pelaksanaan status Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN;
  • langkah-langkah bagi menangani jurang perbezaan dan cabaran yang dihadapi;
  • status kemajuan di dalam liberalisasi perdagangan barangan, perkhidmatan dan pelaburan; dan
  • status integrasi sector-sektor ekonomi lain.

Perbincangan di dalam mesyuarat ini juga akan merangkumi langkah-langkah integrasi ASEAN selepas tahun 2015.

Di dalam konsultasi dengan Rakan-rakan Dialog, Menteri-menteri Ekonomi ASEAN dijangka akan menilai perkembangan pelaksanaan Perjanjian-perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreements) dan program-program kerjasama ekonomi. Menteri-menteri juga akan membincang secara mendalam kemajuan proses rundingan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (Regional Comprehensive Economic Partnership) yang merangkumi ASEAN, Republik Rakyat China, Jepun, Republik Korea, India, Australia dan New Zealand.

Konsultasi dengan Amerika Syarikat akan membincangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan di bawah inisiatif Enhance Economic Engagement (E3) dan Program Kerja 2013 bagi Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan (Trade and Investment Framework Agreement - TIFA). ASEAN juga akan memuktamadkan program kerja dengan Rusia bagi meningkatkan hubungan ASEAN dengan Rusia.

Menteri-menteri Ekonomi ASEAN juga akan bertemu dengan wakil-wakil dari Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN Business Advisory Council), Majlis Perniagaan Asia Timur (East Asia Business Council), Majlis Perniagaan ASEAN-Amerika Syarikat (US-ASEAN Business Council), Majlis Perniagaan ASEAN-Kanada (Canada-ASEAN Business Council) dan juga akan terlibat di dalam Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN. Sebagai acara sampingan, Forum Ke-3 Pelaburan ASEAN dan Forum Usahawan Muda ASEAN-China juga akan diadakan.

Senarai mesyuarat adalah seperti di lampiran.

 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 13 Ogos 2013



Last Updated 2015-07-21 16:45:33 by vox vox

  •  
  • Print
  • Email this page

DISCLAIMER: The Government and MITI accept no liability for any claim, loss, damage or expense arising from the use of information on this site. Please liaise with the relevant authority / importing customs authority for better accuracy.